Rakan kongsi perakaunan digital anda yang dipercayai
Advisirs Group merupakan sebuah firma perakaunan berasaskan pengkomputeran berasaskan Internet (Cloud Technology) yang berpusat di wilayah Utara Malaysia. Kami berpegang teguh untuk menyampaikan nilai yang sebenar, bukan sekadar angka tapi dengan cara mengadaptasi kemajuan teknologi. Matlamat kami adalah untuk membantu para usahawan di Asia memanfaatkan teknologi terutamanya dalam penyelesaian data besar (big data solutions) untuk mengembangkan perniagaan mereka. Kami menyediakan khidmat kepada pelbagai jenis pelanggan, daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hinggalah ke syarikat berskala besar. Pendekatan kami bersifat pelbagai dimensi, iaitu dengan meneliti setiap isu perniagaan secara menyeluruh agar dapat membantu pelanggan menyelesaikan cabaran yang dihadapi serta mencapai matlamat peribadi dan perniagaan mereka. Di Advisirs Group, kami merupakan pakar dalam bidang percukaian bagi melindungi kepentingan awam, di samping memastikan setiap urusan sentiasa mematuhi undang-undang cukai yang ditetapkan.
Untuk memberdayakan perniagaan dengan penyelesaian perakaunan digital inovatif dan perkhidmatan perundingan strategik yang mendorong pertumbuhan dan kejayaan.
Mengaplikasikan teknologi terkini bagi menyampaikan penyelesaian perakaunan yang canggih dan efektif.
Komited dalam memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan kami.
Menjunjung tinggi piawaian etika profesional serta ketelusan yang terunggul.
Membangun hubungan jangka panjang dengan pelanggan demi mencapai kejayaan bersama.